Skip to main content

Sentiasa Merintis,
Sentiasa Menerajui

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menubuhkan Pusat Kepimpinan Kecerdasan Buatan (AI-LEAD UTeM) yang merupakan pertama dalam negara.

AI-LEAD UTeM berfungsi sebagai pusat pemikir dan pakar rujuk di peringkat negara, serantau dan global yang akan melaksanakan aktiviti latihan dan pembangunan, penyelidikan, perundingan, pembangunan polisi dan governan, pemindahan ilmu berkaitan kepimpinan di era kecerdasan buatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Pelan Strategik UTeM 2026–2030 serta keperluan nasional dan industri.

AI-LEAD UTeM telah memulakan operasinya sejak hujung Februari yang lalu dan pembangunannya menerusi 3 fasa.

Fasa 1

Penubuhan pusat, pelantikan pengurusan, pembangunan polisi & pelan strategik

Fasa 2

Pelaksanaan latihan, penyelidikan, konsultasi & kolaborasi industri 

Fasa 3

Pensijilan, pengantarabangsaan, penjanaan pendapatan dan pemantapan KPI

Profesor Madya Dr. Siti Hajar binti Sheikh Md Fadzullah
Pengarah, Pusat Kepimpinan Kecerdasan Buatan(AI-LEAD UTeM)

Leading Intelligence, Shaping Humanities